Monday, 9 May 2016

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Meneliti sihir dan adanya jin dalam tubuh
Bagaimana hendak membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukan jin? Orang yang tersihir biasanya, mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang disertai keterlibatan jin. Jin seperti ini adalah jin jenis yang merbahaya.
Sedangkan orang kemasukan jin, kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan.
Di bawah ini adalah cara yang boleh mengetahui adanya sihir atau kemasukan jin dengan menguji si pesakit, berdasarkan ayat Al-Qur’an.
1. Bacalah akhir Surah Ibrahim pada telapak tanganmu :
2. Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu’minin :
3. Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq :
4. Seterusnya Surah An-Nas :
Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahagian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan telapak tanganmu itu di depan mata si pesakit and mintalah dia melihatnya. Kalau si pesakit itu sama sekali tidak boleh melihatnya atau penglihatannya silau atau nanar atau melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam atau melihat banyak salib di telapak tanganmu itu atau tiba-tiba kepalanya terasa pening atau menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka si pesakit itu tidak diragukan, terkena sihir ataupun kemasukan atau kedua-duanya sekali.
.
Yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri
Ambillah tujuh lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah sehingga lumat. ( Boleh juga dilakukan menggunakan mesin blender ).
Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan.
Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.
Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau air ludahmu mengenainya.
Bacakan ayat berikut ini dan arahkan pada air tersebut :
1.) Ayat Kursi :
2.) Lanjutkan dengan Surah Al-Kafirun :
3.) Lalu Surah Al-Ikhlas :
4.) Berikutnya Surah Al-Falaq :
5.) Selanjutnya Surah An-Nas :
6.) Berikutnya, ayat sihir dalam Surah Al-A’raf :
7.) Lalu ayat sihir dalam Surah Yunus ayat 79 – 82 :
8.) Terakhir, ayat sihir dalam Surah Thaha ayat 65 – 69 :
Setelah selesai bacaan ayat-ayat di atas, minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian dan sesudah itu, Insya’ Allah, sihir itu tidak akan datang lagi.
Mengusir atau membunuh jin
Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu’. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.
Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu’, lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya.
Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.
Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,
( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, “Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna,” sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo’akan kehancurannya. )
atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.
Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, “Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri.” Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.
Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.
Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.
.
Cara mengusir jin yang tinggal dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
2.) Kemudian bacalah ayat-ayat lanjutan ini.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Thursday, 5 May 2016

PAHLAWAN MELAYU




LATAR BELAKANG MAT KILAU
Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU
Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU
Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir,Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.
Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

ILMU YANG DIPELAJARI
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


KEMATIAN MISTERI MAT KILAU
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan beberapa orang lain.


KEMUNCULAN MAT KILAU
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzura.Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Friday, 15 April 2016

Perfume Sinar Biru






PERFUME SINAR BIRU 
Anda seringkali menghabiskan waktu dan wang untuk merawat pelbagai penyakit misteri dan hingga buntu, sanggup melakukan ritual menyalahi undang2-undang islam , menyebabkan diri anda terjerumus ke lembah khurafat dan syirik. kini cara yang lebih mudah yang telah di ilhamkan oleh guru utama kami untuk mengisi Tenaga Al-quraan, doa dan zikir ke dalam haruman. anda tidak perlu terikat dengan kos rawatan yang mahal dan menyukarkan diri untuk berulang alik untuk membuat rawatan.


 PERFUME SINAR BIRU ( PSB )

🔹Keselamatan dari senjata tajam,sisihan dari peluru sesat(Amaran jangan didemokan melainkan dalam keadaan kecemasan)

🔹 .Perlindungan dari serangan ghaib

 🔹Membangkitkan kecantikan dalaman dan luaran

 🔹Doa mudah dimakbulkan berkat energi al Quran bagi hajat yang baik

 🔹Merawat penyakit SAKA
 🔹Merawat kerasukan
 🔹Menghilangkan ilmu sihir pengamal ilmu sihir

 🔹Menenangkan jiwa
 🔹Mencerdaskan Akal fikiran untuk memahami pelajaran
 🔹Membatalkan ilmu pengasih/pukau

 🔹Kebahagiaan rumah tangga
🔹 Rawatan Histeria
🔹Menghindari gangguan ruh2 tidak tenang di jalan raya

 🔹Menepis sentuhan energi negatif(Energi Sihir,Energi Pengasih, Energi Santau, Energi Pukau, Energi Makhluk Halus)

 🔹Menghindari aura negatif sekeliling

 🔹Membangkitkan karisma/kewibawan diri/seri wajah

 🔹Pelaris Bisnes dengan membesarkan aura pengaruh diri(menambahkan pelanggan melalui tarikan perhatian aura individu)

 🔹Mengelak gangguan bayi menangis(gangguan jin)

 🔹Melembutkan sikap anak degil/nakal(sapu pada ubun2)

 🔹Benteng diri/perisai diri ketika diserang oleh sesiapa, penyerang akan terpental ke belakang/rebah

 21.Doa Mustajab untuk segala hajat

 🔹Memudahkan memahami pelajaran dan menajamkan akal fikiran

 🔹Melindungi diri dari histeria/merawat penyakit histeria

 🔹Menghilangkan ilmu hitam yang pernah dipelajari pemakai minyak ini dengan izin Allah swt.

 🔹Mengkhusyu’kan solat
 🔹Diri menjadi lebih tenang dan berkeyakinan

 🔹Rawatan terapi energi Al-Quran terhadap penyakit dalaman seperti demam, pening kepala, migrain, sawan.

🌟Dijual kepada orang Islam sahaja.

🌟Sesuai untuk bayi, kanak2 & dewasa (PERHATIAN: Untuk penggunaan bayi/kanak2, pakai pada baju)

 🌟Mengandungi Sinar-Biru. Sinar biru terhasil dari tenaga zikir & al quran.

Cara guna :
🔹Gunakan sedikit sahaja pada kulit dan Sinar-biru telah memadai melingkungi diri anda 24 jam, menepis segala sesuatu bersifat negatif dan mistik.

👉🏻Note : sekali calit protection selama 24 jam


HARUMAN CENDERAWASIH (HC)



🔹Digunakan untuk berhadapan dengan orang2 besar, pelanggan kenamaan,orang2 kenamaan,sultan dsb.

🔹Digunakan untuk penunduk dan pengasihan.

🔹Digunakan untuk mengawal org bawahan

🔹Digunakan untuk mempengaruhi org sekeliling melalui kata2

🔹Dihormati dan mudah didampingi
🔹Pemanis diri
🔹Mudah disayangi
🔹Aura wajah penyeri
🔹Kata-kata manis
🔹Benteng gangguan syaitan dan jin

🔹Fasih berkata2 dan bijaksana dalam pertuturan. (Sesuai utk kanak2 yang masih belum pandai bercakap dicalit pada bawah dagu)

🔹Sesuai digunakan untuk presentation kertas kerja di hadapan umum dan juri agar terpesona.

Cara guna👇🏻
👉🏻Pakaikan saja selalu, inshaAllah akan berlaku banyak perubahan positif dalam.hidup.

👌🏻Note : sekali calit protection selama 24 jam


TUJUAN PSB DILANCARKAN:

1)Tujuan produk ni dikeluarkan bukan nk suruh org yakin pada perfume, tapi utk membawa masyarakat kembali kpd kebesaran mukjizat al.quran.

2)Sebab rata2 masyarakat lebih percayakan.mistik jin, ubat doktor, dari ayat2 al quran. Masyarakat sekarang jiwanya kosong, hanya tahu berhibur,mkn, dan mati.

3) Rohani sgt kotor,bagaimana nk rasa nikmat iman dan islam, hidayah Allah mengelilingi mereka, namun xpernah terserap masuk ke dalam jiwa.

4)Dengan cara pembersihan rohani pada peringkat pertama(pemakaian perfume al quran), maka hati mereka kembali bersinar dan bersedia menerima hidayah Allah.

🏻 Ramai kata tunggu dapat hidayah, tapi sebenarnya hidayah Allah tu dah ada di sekeliling kita, tapi kita je kotor hati sebab dosa2 harian,menyebabkan hidayah x dapat masuk.




HARUMAN NURULLAH (HN)

Khasiatnya antaranya:
󾭶Menambahkan kekhusyukan solat
󾭶Menambah pesona
󾭶Kebijaksanaan
󾭶Mendapat perhatian dari pemimpin2 besar akan kata2nya
󾭶Mewujudkan zauk terhadap ALLAH
󾭶Mewujudkan rasa ikhlas dalam diri
󾭶Pancaran Nur bisa meluluhkan ilmu seseorang yang batil
󾭶Meraih perasaan cinta dan kasih sayang dari orang sekeliling
󾭶Membingitkan telinga musuh dan mengaburkan pandangan musuh
󾭶Mengawal cahaya sebagai benteng diri (Memantul serangan)
󾭶Dan khasiat2 lain terahsia yang tidak terfikirkan.

󾮜Untuk muslim sahaja.
󾮜Note : sekali calit protection selama 24 jam



HARUMAN BENTENG NUSUBUMI (HBN) 

󾭵Mewujudkan benteng kawasan dari serangan pada waktu kecemasan mengikut radius punca serangan.

󾭵Membentengi diri, objek, dan apa sahaja dari serangan bertubi-tubi

󾭵Mewujudkan benteng panglimunan penghuni kawasan apabila kawasan diserang pada saat gawat. (Sembur pada tanah dan pagar kawasan)

Cara guna : 
󾭶HBN: Pakai pada kulit dan.inshaAllah seandainya dihampiri musuh seperti ragut, rogol, samun, dibantai dsb, tidak akan dapat terhampiri dan kesan fatal pada musuh adalah tergantung kpd tahap serangan musuh.

CARA MEMAGAR RUMAH GUNA HBN: 
󾭶Guna paku panjang 4 batang penjuru
󾭶Sebelum pagar minta semua pengguni ghaib keluar dari rumah dalam masa 5 minit
󾭶Sapukan pada paku itu, dan niat pada ALLAH utk kunci segala penceroboh yg cuba masuk,dan kedua mohon Allah hilangkan rumah dri pandangan musuh sama ada ghaib mahupun nyata. Ketiga, niat mohon Allah pagarkan rumah dari kemasukan bangsa2 ghaib yang berniat jahat.

 󾭶Jika ingin membuka kunciannya, sapukan HBN tadi pada penceroboh yg terkunci, dan doa pada Allah utk lepaskan.

 󾮜Note : sekali calit protection selama 24 jam




Haruman Tirai Ghaib (HTG)
Khasiat:
1⃣Menghaibkan barang dari pandangan org khianat/pencuri

2⃣Menghaibkan benda hidup dari pandangan org khianat/zalim/musuh berdendam

󾮜🏻Cara Guna:
Sapukan saja pada objek bernyawa / tidak yang ingin ditiraikan, doa pada ALLAH agar ditutup pandangan org yg khianat, dan tawakal.

󾮜Bertahan selama 24Jam



HARUMAN SIRR (HS) (Sirr @ Rahsia)
1⃣Memberi ketenangan hati
2⃣ Membantu proses rawatan Islam (Gangguan sihir)
3⃣Menyihatkan organ dalaman untuk jangka masa panjang
4⃣Benteng diri dari senjata tajam, dan segala serangan fizikal dan ghaib.
5⃣Membuka jalan ilham
6⃣Merawat penyakit angkara sihir/SAKA
7⃣Membentuk peribadi mulia melawan hawa nafsu dan menguatkan jiwa serta ketetapan hati
8⃣Bersemangat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mebentuk ruhani sifat ikhlas dalam beribadat terutamanya solat dan lain2.
9⃣Mustajab doa bagi perkara2 baik dan jika dizalimi inshaAllah
󾠻Menyinar hati, jiwa dan jasad dari kekotoran jasmani dan rohani.
1⃣1⃣Melancar luas rezeki setelah berusaha dan berdoa kepada Allah
1⃣2⃣Amalan Bismillah dan selawat serta ayat qursiy yang diberikan menjadi pembersih nurani dan penguat batin diri
1⃣3⃣Membentuk diri yang berpandangan jauh dan berfikiran luas serta matang
1⃣4⃣Mudah bertemu rijalul ghaib

󾰵Amalannya
󾮜100x bismillah
󾮜100x selawat
󾮜1x ayatul qursiy

 󾕎Note : sekali calit protection selama 24 jam



HARUMAN RAJA TUNDUK SEJAGAT TINGKAT TINGGI
sesuai digunakan oleh individu2 yang sering diperlakukan sebagai mangsa keadaan/mangsa buli/mangsa bahan ketawa rakan2/ dan dapat digunakan untuk menyebarkan pengaruh terhadap makhluk2 sekeliling supaya tunduk dan akur dengan izin Allah s.w.t bagi tujuan mengelakkan kemudaratan kesan mangsa keadaan sekeliling.Diri akan lebih berpengaruh dan berkarisma in sya Allah.(Tiada kesan sampingan & Tidak menggunakan makhluk halus)

PERHATIAN Haruman tu untuk 1 pemilik sahaja

 󾔯Buat pertama kali menerima dan sebelum dipakai, istighfar 3x, syahadah 3x, selawat 3x dan sebutkan nama penuh bin/binti kepada ibu.

Boleh digunakan untuk tujuan2 seumpama seperti berikut(berikut hanya contoh sahaja), sila aplikasikan untuk situasi lain dengan cara anda sendiri:

CONTOH SITUASI:
 1⃣Saat kita ingin masuk ke suatu kawasan/ tempat misalnya hospital, sedangkan kita memang tak boleh masuk sebab guard tidak izinkan, cukup dibuat isyarat yang diajarkan, dan in sha Allah ia akan menurut.

 2⃣Saat kita ingin mendapatkan diskaun sebab rasa mcm penjual ni cekik darah. Boleh gunakan isyarat yang diajarkan.

 3⃣Saat kita sering dianiayai / ingin dianiayai oleh bos/orang atasan, maka boleh gunakan isyarat yang diajarkan.

 4⃣Saat kita ingin dipukul atau orang ajak bergaduh, maka boleh guna isyarat yang diajarkan.

 5⃣Saat kita ingin menundukkan orang lain yang kita inginkan agar ia berbuat kebaikan dan menyenangi hati kita. Maka boleh gunakan cara yang diajarkan.

󾮜Untuk isyarat suara dan batuk boleh digunakan dalam situasi 1,2,3 & 4. Untuk situasi 5, gunakan hembusan pada gambar.

CARA GUNA:
󾮜Boleh pakai di mana2 bahagian, pakai sedikit sahaja memadai.

󾮟Caranya mudah: Niat tujuan, dan isyaratkan suara atau batuk. Siapa terdengar, dia terkena pengaruh Raja Tunduk Sejagat.

 󾕎sekali calit protection selama 24 jam


HARUMAN RAJA ASIH TINGKAT TINGGI 

.
PERHATIAN Haruman ini untuk 1 pemilik sahaja ❗

 󾔯Buat pertama kali menerima dan sebelum dipakai, istighfar 3x, syahadah 3x, selawat 3x dan sebutkan nama penuh bin/binti kepada ibu.

HARUMAN INI DIGUNAKAN UNTUK 3 CARA GUNA, IAITU:

1⃣Melekatkan Jodoh Perkenalan bagi Lelaki/Wanita yang sukar mendapat jodoh dengan kaedah doa kepada Allah s.w.t bersama keberkatan doa mustajab di dalam HARUMAN RAJA ASIH TINGKAT TINGGI.

 ~Caranya:

 ➡BAGI YANG TELAH ADA BAKAL PASANGAN:Pakai sepanjang masa ketika bertemu si dia, dan setiap solat doakan agar dijodohkan dengan orang yang dicintai.

 ➡BAGI YANG BELUM ADA BAKAL PASANGAN:Bagi individu yang belum menemui jodoh, pakaikan setiap solat dan sepanjang masa, doakan setiap dalam solat 5 waktu(selepas solat) untuk bertemu jodoh dan dipercepatkan jodoh. InshaAllah akan  ketemu.

 2⃣Hubungan Suami Isteri

 ~Caranya:

 BAGI SUAMI/ISTERI YANG DINGIN DALAM HUBUNGAN: Isteri/ Suami pakaikan pada setiap masa dan doakan pada Allah s.w.t bersama keberkatan doa mustajab di dalam HARUMAN RAJA ASIH TINGKAT TINGGI ini setiap selesai solat 5 waktu/solat sunat Taubat.InshaAllah akan ada perubahan positif.

 3⃣Pengasih Umum

 ~Caranya:

 BAGI INDIVIDU YANG INGIN DIKASIHI/DIHARGAI OLEH ORANG SEKELILING SAMA ADA DIKENALI ATAU TIDAK DIKENALI: Pakaikan setiap masa setitis sudah memadai sambil senyum ketika memakainya. InshaAllah, akan ada perubahan dan masyarakat akan teruja dengan penampilan anda, wajah berseri cahaya Nur Muhammad s.a.w.

󾭈PERHATIAN: Pemakai produk hendaklah mentaati perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya bagi mendapatkan 100% manfaat pemakaian produk ini. Tiada pantang larang, mahupun side effect negative.

󾕎sekali calit protection selama 24 jam

APAKAH ITU TENAGA AL  QURAN❓

1)Tenaga al-quran terhasil dalam  jasad manusia apabila sering diwiridkan.
2)Anda boleh lihat tenaga tersebut dengan memejamkan mata dan membaca ayat quran  sebnyak2nya Ia berputar2.
3) Tenaga inilah yg kami perangkapkan ke dalam perfume.
4)Untuk doa  perlindungan, kami tambahi bg tujuan mempertahankan diri.

 Selain tu,   tenaga al quran ini,apabila menyerap ke jasad, ia akan membuka pintu  pengaliran tenaga ruh.

🏻Tenaga ruh yg teralir akan memberi  perlindungan  fizikal seperti musuh tercampak apabila terserang.
🏻Tenaga ruh  mempunyai  pelbagai kegunaan dan amat ditakuti bgsa jin syaitan.

🏻Masalah yang  selalu  berlaku ialah apabila individu biasa yang mewiridkan ayat2 suci quran,   tenaga yang terjana amat mudah hilang terserap ke sekeliling, ini disebabkan sifat jasad manusia yang amat mudah menyerap dan membebaskan tenaga ke sekeliling atau ditarik oleh individu tertentu yang kekurangan tenaga.

Bila kita  letakkan tenaga pd objek mati, tenaga akan kekal dan tidak  berpindah.Hukum fizik  tenaga=Tenaga boleh dipindah,xbleh  dicipta/dimusnahkan. Jadi objek seperti  perfume,cincin akan mengekalkan  kandungan tenaga.

PERINGATAN PENTING:

"Konsep pemakaian adalah mengharapkan penawar dan perlindungan dari Allah s.w.t dengan keberkatan tenaga Al Quran, dan jangan sesekali beriktikad produk Sinar-Biru ini yang menyembuhkan jika diizinkan Allah s.w.t untuk sembuh, dan jangan sesekali beriktikad bahawa dalam produk Sinar-Biru ini ada jin/khadam, kerana yang ada hanyalah tenaga al quran dan doa"

PERINGATAN : AHLI MAKSIAT SUKAR MENDAPAT KEBERKESANAN SEPENUHNYA DARI HARUMAN SINAR BIRU GROUP

Haruman di isi dengan Tenaga Al-quraan dan doa serta zikir tertentu.
daripada Ilmu Allah swt
Niat Hanya Allah swt yang berkuasa
Tiada pengisian berunsurkan Jin/Khadam atau bunian.
sila jauhi@buang Wafak/Tangkal/Mantera yg boleh mensyirikan Allah swt.